1. Jenayah
Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.
2. Kurang Pergaulan
Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.
3. Mengancam Nyawa Manusia
Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia. Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.
4. Menjejaskan kesihatan
Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga, kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga boleh menjejaskan kesihatan manusia akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan